Tips

Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
  1. sebuah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
  2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
  3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
  4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
  5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
  6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Makanan
Pellet ini membekalkan diet seimbang arnab anda terutamanya bagi anda yang mementingkan kualiti arnab anda (pet quality show). Di samping itu anda harus membekalkan hay yang segar dan air yang bersih. sepanjang masa. Kandungan makanan yang diperlukan dalam makanan adalah 
Crude Protein
Crude Fat
Crude Fiber
Calcium
Phosphorus
Salt   Min
Vitamin A

Rabbit Language / Body Language
Mengerik gigi yang lembut : Happy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.
Bunyi nafas seperti berbisikHappy
Menghentak kaki belakangTakut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira. Biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
Berderam, mengeram, berdesirSedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja
Menjerit dengan kuatKetakutan yang teramat sangat atau kesakitan. SEGERA perhatikan mereka.
Honking (bunyi seperti angsa) inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.
Mencium anda dengan perlahania menyambut kehadiran anda dan minta perhatian
Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky)terlalu gembira
Chinning (mengusap dagunya)cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
Mengerakan rahang sepeti menguyahdia sedang relex
Makan najisjangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
Menaikan pungung dan ekordia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
Berlari mengelilingi anda : ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.
Menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda,  atau melompat keatas riba : minta perhatian
Cuba menyerang : tidak suka kehadiran anda
Jika ia berlari kesana sini : ia menikmati kebebasannya
Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain : ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)
Jika arnab anda bergerak menjauhi anda : dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
Arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda : menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang  jantan mula mendegus : ini menandakan ia bersedia  untuk megawanJika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, : permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini : ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
Cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, : ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.
Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum : ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit
Terbalikan bekas makanan dan minuman : Bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan)  atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
Mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar : ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

Breeding
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut. Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi. Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.


Kekerapan Mengawan
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari. Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
               Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama. Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.

Tahap Kesuburan
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang 
atau terlentang. Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
Tempoh Bunting
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut. Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut. Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
Bunting Palsu
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari 
ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula. 
Anak Arnab
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan. S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya. Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10. 
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya. 
Tempoh Susuan
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu 
hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
Ibu Tumpang
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat. Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala. Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang 
sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat. Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu. 
Cerai Susu
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan. Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari
masa kesemasa. Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar. Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
Penentuan Jantina
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.

GroomingCage 
Do & Don't / FAQ